Friday, December 18, 2009
Setiap penyakit ada ubatnya
Zaman ini banyak penyakit yang sukar mendapatkan ubatnya. Jika telah ikhtiar berbagai-bagai ubat tetapi tidak sembuh. Sembahyanglah hajat. Kerana Allah yang memberi penyakit dan Dia lah yang menyembuhkannya. Itu hanyalah ujian Allah sahaja.
Ada orang yang tidak pernah sakit. Tidak tahu erti pening kepala. Tidak tahu apa itu demam. Tidak pernah merasa sakit. Sihat sepanjang masa. Tiba-tiba mati. Mati mengejut.
Ada juga orang yang sakit memanjang. Tidak pernah tidak sakit. Itu pun ada juga.
Walau apa pun itu semua ujian Allah untuk menguji hambanya bersyukur atau kufur.
Ramai manusia apabila diuji, dengan ujian itu dia menjadi kafir. Diuji dengan kesenangan lalu dengan kesenangan itu dia menjadi sombong. Diuji dengan sakit dan miskin lalu jadi kufur kerana memuja busut jantan untuk ambil nombor ekor atau memuja untuk tarik duit. Ini semua kerja kufur dan syirik.
Subscribe to:
Comments (Atom)